![]() |
Wan Mah |
![]() |
Yunus Sardal |
![]() |
Umi Ghaliah |
Isu besar juga banyak berlaku mutakhir ini dengan kejutan perhimpunan bersih 3.0 dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa yang mengharamkan perhimpunan tersebut. Saya juga melihat perkembangan media masa yang sengaja memaparkan isu - isu fitnah yang melibatkan pimpinan parti pkr.. satu isu yang saya cukup kesal bilamana media rasmi negara sanggup memaparkan imej yang tidak sedap mata memandang dan boleh menimbulkan polimik yang tidak elok dikalangan orang muda. ramai ustaz yang menegur tetapi macambiasalah tiada respons daripada pihak tertentu. Moga Allah membalikkan hati2 kita yang lalai dan Allah jauhakan bala bencana yang akan menimpa sekiranya hambanya lalai.
Panjang pulak ceritanya.. Saya nak cerita pasal keluarga sebenarya tapi takpalah sekadar intro. Tahun lepas 3 keluarga saya telah kembali kerahmatullah mengadap pencipta. Sama samlah kita mendoakan agar roh keluarga kita dirahmati allah dan dicucuri rahmat . Umie Gahliah kuala krai kembali kerahmatullah pukul 12 tengahari 14/4/2011. beliau kalau dikira tak jauhlah hubugan dengan saya sebab mak saya dan ayah saya kan kawin sepupu jadi ramailah keluarga kiri kanan rapat dengan saya. Sedikit k isah mengenai Umi Ghaliah. Beliau ni isteri kepada Sheikh Salleh..dan adik kepada usahawan terkenal kota bharu Jafaar Rawas.. Seorang lagi sedara saya juga saya sayangi Yunus bin Sardal. kembali kerahmatullah pada 7 sept 2011 4:25petang. tinggal di Tanah Merah juga seorang peniaga.. Seoarang lagi nenek saya dekat slow kot saya juga kembali kerahmatullah pada 5 dec 2012.
Itulah hakikat hidup setiap yang datang akan pergi juga satu hari nanti.
Teringat saya pesan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramamahnya . Orang yang hidup atas dunia ni perbanyakkan lah cari akhirat bukanya duduk atas dunia tapi cari dunia. umpama kita duduk diatas rumah tapi kita mencari cari lagi rumah kita.. padahal kita dah duduk diatasnya. itulah hakikatnya jadi perbanyakkanlah amalan selagi mana hayat masih dikandung badan.. Pada keluarga saya yang muda dan baru nak start kehidupan jangan sekali kali tinggalkan solat.
Saya teringat satu lagi pesan Ustaz yang ni bilamana saya pergi dengar dekat masjid telipot tapi saya tak ingat nak tanya namanya. Katanya ramai orang duk ingat minum arak, makan babi, zina tu dosa2 besar tapi lupa yang kita dok selalu buat bila mana kita mengumpat orang juga dosa besar yang kita tak perasan tapi bendatulah yang akan memufliskan kita apabila kita dipanggil oleh allah satu hari nanti. Katanya kalau dosa zina mungkin Allah akan ampunkan kalau kita bersungguh2 bertaubat tetapi dosa mengumpat tidak akan diampunkan selagi mana kita tidak mohon maaf pada orang yang kita umpat.. Kalau malam kita berjaga untuk bertahajud , posa sunat selalui buat , solat tak tinggal tapi kalau kita buat juga mengumpat. pahala amalan kita tu akan diberikan kepada orang yang kita umpat kalau dah habis pahala dosa dia pula kita kena tanggung jadi sedarlah sedaraku jauhilah dari tabiat ini . itusajalah untuk kali ini banyak2 tak laku pulakkan ..
entah apa2... moga menafaat
No comments:
Post a Comment