Assalamualaikum .... eloknya
kita mulakan dengan selawat keatas nabi " Allahumma salli
'ala Muhammadin wa 'ala ali Muhammadin wa sahbihi wa sallim".
Kadang saya terfikir, bukan nak kata pada sesiapa saya sendiri pun macam tu jugak. kadang - kadang di sesetengah keadaan kita selalu menolak atau mengelak untuk jadi imam solat kenapa ya..???
Yang saya selalu perasan masa saya budak2 dulu orang biasa tolak sebab tak tahu nak baca doa selepasa solat, mungkin nak jadi imam tu boleh sebab al-fatihah biasanya budak yang duduk kat kampung boleh baca sebab mak ayah dah ajar dari kecik lagi betul ke tidak bacaan tu takdalah ambik berat sangat sebab masa budak.
Tapi bila dah dewasa ni disebabkan terbiasa bagi orang lain jadi imam kita rasa bendatu tak berapa penting sangat sebab dah terbiasa.. Mungkin kita rasa bacaan kita pulak yang tak berapa kena maklumlah kita ni diajar pendidkan daripada kecik. mak ayah cukup marah apabila keputusan matematik, bahasa malaysia, english kita dapat banyak D atau E tapi takla pulak marah bila anak tak pandai baca Al-Quran dengan betul.
Mengetest bacaan al-fatihah pun tak pernah kat anak2 jadi bila besar anak kita jugalah mewarisi apa yang kita tak boleh nak buat. Cucu kita nantipun macamtu jugak. Aduh saya rasa amat berat bebanan ini saya sendiripun terasa sama kelemahan diri kita yang saya rasa kebanyakan kita menanggung bebanan yang sama. Mungkin kita berusaha bersungguh2 untuk mengejar diploma atau pun ijazah tetapi itu semua hanyalah suatu alat untuk meneruskan kehidupan kita sahaja diatas dunia ini.
Apalah yang kita nak bawa bilamana kita hendak mengadap allah satu hari nanti. Yang dah pergi tak datang dah kembali, bila allah dah jemput nak tak nak kita terpaksa pergi juga satu hari nanti itulah kesilapan besar diri kita dan fenomena ini dah jadi fenomena ke pada semua masyarakat kita yang ambik remeh pasal bacaan al-quran.
Sebelum terlambat marilah kita pakat2 cuba ambil berat dan memikirkan secara bijak adakah kita akan mewarisi anak cucu yang takku nak jadi imam solat ataupun sentiasa tidak bersedia untuk menjadi imam. Alangkan baiknya kiranya anak kita sendiri yang mengimamkan solat bila kita meninggal nanti... walllahuallam.
ntah ape2.....
NORMAN YAHYA
www.facebook.com/norman.yahya
No comments:
Post a Comment