Monday, May 14, 2012

Kenapa kita selalu menolak apabila orang suruh jadi imam...


Assalamualaikum .... eloknya kita mulakan dengan selawat keatas nabi " Allahumma salli 'ala Muhammadin wa 'ala ali Muhammadin wa sahbihi wa sallim".
 
Kadang saya terfikir, bukan nak kata pada sesiapa saya sendiri pun macam tu jugak. kadang - kadang di sesetengah keadaan kita selalu menolak atau mengelak untuk jadi imam solat kenapa ya..???

Yang saya selalu perasan masa saya budak2 dulu orang biasa tolak sebab tak tahu nak baca doa selepasa solat, mungkin nak jadi imam tu boleh  sebab al-fatihah biasanya budak yang duduk kat kampung boleh baca sebab mak ayah dah ajar dari kecik lagi betul ke tidak bacaan tu takdalah ambik berat sangat sebab masa budak.

Tapi bila dah dewasa ni disebabkan terbiasa bagi orang lain jadi imam kita rasa bendatu tak berapa penting sangat sebab dah terbiasa.. Mungkin kita rasa bacaan kita pulak yang tak berapa kena maklumlah kita ni diajar pendidkan daripada kecik. mak ayah cukup marah apabila keputusan matematik, bahasa malaysia, english kita dapat banyak D atau E tapi takla pulak marah bila anak tak pandai baca Al-Quran dengan betul. 

Mengetest bacaan al-fatihah pun tak pernah kat anak2 jadi bila besar anak kita jugalah mewarisi apa yang kita tak boleh nak buat. Cucu kita nantipun macamtu jugak. Aduh saya rasa amat berat bebanan ini saya sendiripun terasa sama kelemahan diri kita yang saya rasa kebanyakan kita menanggung bebanan yang sama. Mungkin kita berusaha bersungguh2 untuk mengejar diploma atau pun ijazah tetapi itu semua hanyalah suatu alat untuk meneruskan kehidupan kita sahaja diatas dunia ini. 

Apalah yang kita nak bawa bilamana kita hendak mengadap allah satu hari nanti. Yang dah pergi tak datang dah kembali, bila allah dah jemput nak tak nak kita terpaksa pergi juga satu hari nanti itulah kesilapan besar diri kita dan fenomena ini dah jadi fenomena ke pada semua masyarakat kita yang ambik remeh pasal bacaan al-quran.

Sebelum terlambat marilah kita pakat2 cuba ambil berat dan memikirkan secara bijak adakah kita akan mewarisi anak cucu yang takku nak jadi imam solat ataupun sentiasa tidak bersedia untuk menjadi imam. Alangkan baiknya kiranya anak kita sendiri yang mengimamkan solat bila kita meninggal nanti... walllahuallam.

ntah ape2.....

NORMAN YAHYA
www.facebook.com/norman.yahya

Tuesday, May 8, 2012

Belajar dan berfikir

Pagi...... semua sahut pagi .. teringat saya semasa saya kursus ESQ.. tapi dah jadi kenangan dah .. saya dah dua kali pergi kursus tesebut tapi bila dah ada isu kat seluruh negara saya kendurkan diri pulaklah  untuk pergi kursus tersebut. terpulang pada pandangan masing2 ... pada saya kalau tak menyalahi agama ikutlah tapi kalau menyalahi kehendak allah tinggalkanlah..

ntah ape2.... saya sebenarnya nak ulas tajuk diatas tapi biasalah intro.. pagi ni satu ilmu baru saya dapat bilamana saya sembang dekat kedai puteri dekat dengan pejabat saya ..bilamana saya bincanga pasal kenapakah orang selalu membantah cadangan kita semasa kita ber mesyuarat ataupun dalam semua bidang kerja . apa yang saya dapat kesan ialah mungkin kita ni banyak bagi cadangan tetapi jarang sangat bagi penyelesaian (solution) itulah kelemahan kita sebenarnya.  bila saya pikir2 balik betul jugak kata kawan saya tu ... tapi usaha untuk perbaiki sesuatu jangan lah kita putus asa pulak.. selagi hidup kita kena sumbang sesuatu bukanya sekadar menumpang  sahaja dan mengharapkan sesuatu yang belum pasti..

Isu ini sebenarya setiasa hadir dalam kehidupan kita. kadang cadangan kita berguna kadang-kadang kita jangan terkilan kalau orang menolak cadangan kita. sebenarnya dalam islam sekiranya kita memberi pendapat pada sesuatu sekiranya tidak diterima kita kena cakap alhamdulillah ... tetapi sekiranya pendapat kita diterima kita kena cakap masyaallah.. sebab sekiranya pendapat kita tidak di terima mungkin kean yang kita oleh lihat kita tak payah buat lah kerja tu tetapi sekiranya pandangan diterima sekiranya betul alhamdulillah boeh memberi menafaat kepada orang ramai tetapi kiranya salah saya rasa itu boleh menimbulkan bala bencana pada kita..

Teringat pula masa dok bersembang sorang kawan saya beri pandangan macam tajuk blok saya ni katanya dalam falsafah ilmu " sekiranya orang itu belajar tetapi tak berfikir benda tersebut jadi sia - sia , tetapi kiranya orang itu berfikir tapi tak belajar ianya amat merbahaya, yang baik kita belajar kemudian berfikir" itulah kita sebolehnya kita beri pandangan sekiranya kita mempunyai ilmu apa yang kita ingin cakapkan. Tapi terpulanglah pada tuan2 untuk mengunakan kaedah mana yang sesuai janji anda menyumbang untuk memberi pandangan tetapi buatlah setelah kita berfikir kesan cadangan kita bukan sekadar anda merupakan ahli mesyuarat mesti beri pandangan...

Allah sahaja yang maha mengetahui.... mulakan doa anda dengan pujian dan selawat dan doakan kepada ibu bapa dan akhirkata dengan selawat keatas nabi.. moga allah terima doa kita...

Tahun baru dah masuk bulan 5 dah..


Wan Mah
Yunus Sardal
Umi Ghaliah
Assalamaulaikum sedara sekelian . tahun ni baru sekali saya menulis kat blog ni terasa lama sangat tak bagi tahu perkembangan keluarga saya. Banyak sangat benda berlaku akhir2 ini dengan kekalutan dan pertembungan parti politik yang akan beradu mungkin bulan 6 nanti atau pun bulan 9 itu kita tunggu. Sama - sama la kita doa agar parti islam dapat menerajui pimpinan negara.

Isu besar juga banyak berlaku mutakhir ini dengan kejutan perhimpunan bersih 3.0 dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa yang mengharamkan perhimpunan tersebut. Saya juga melihat perkembangan media masa yang sengaja memaparkan isu - isu fitnah yang melibatkan pimpinan parti pkr.. satu isu yang saya cukup kesal bilamana media rasmi negara sanggup memaparkan imej yang tidak sedap mata memandang dan boleh menimbulkan polimik yang tidak elok dikalangan orang muda. ramai ustaz yang menegur tetapi macambiasalah tiada respons daripada pihak tertentu. Moga Allah membalikkan hati2 kita yang lalai dan Allah jauhakan bala bencana yang akan menimpa sekiranya hambanya lalai.

Panjang pulak ceritanya.. Saya nak cerita pasal keluarga sebenarya tapi takpalah sekadar intro. Tahun lepas 3 keluarga saya telah kembali kerahmatullah mengadap pencipta. Sama samlah kita  mendoakan agar roh keluarga kita dirahmati allah dan dicucuri rahmat . Umie Gahliah kuala krai kembali kerahmatullah pukul 12 tengahari 14/4/2011. beliau kalau dikira tak jauhlah hubugan dengan saya sebab mak saya dan ayah saya kan kawin sepupu jadi ramailah keluarga kiri kanan rapat dengan saya. Sedikit k isah mengenai Umi Ghaliah.  Beliau ni isteri kepada Sheikh Salleh..dan adik kepada usahawan terkenal kota bharu Jafaar Rawas.. Seorang lagi sedara saya juga saya sayangi Yunus bin Sardal. kembali kerahmatullah pada 7 sept 2011 4:25petang. tinggal di Tanah Merah juga seorang peniaga.. Seoarang lagi nenek saya dekat slow kot saya juga kembali kerahmatullah pada 5 dec 2012.
Itulah hakikat hidup setiap yang datang akan pergi juga satu hari nanti.

Teringat saya pesan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramamahnya . Orang yang hidup atas dunia ni perbanyakkan lah cari akhirat bukanya duduk atas dunia tapi cari dunia. umpama kita duduk diatas rumah tapi kita mencari cari lagi rumah kita.. padahal kita dah duduk diatasnya. itulah hakikatnya jadi perbanyakkanlah amalan selagi mana hayat masih dikandung badan.. Pada keluarga saya yang muda dan baru nak start kehidupan jangan sekali kali tinggalkan solat. 

 Saya teringat satu lagi pesan Ustaz yang ni bilamana saya pergi dengar dekat masjid telipot tapi saya tak ingat nak tanya namanya. Katanya ramai orang duk ingat minum arak, makan babi, zina tu dosa2 besar tapi lupa yang kita dok selalu buat bila mana kita mengumpat orang juga dosa besar yang kita tak perasan tapi bendatulah yang akan memufliskan kita apabila kita dipanggil oleh allah satu hari nanti. Katanya kalau dosa zina mungkin Allah akan ampunkan kalau kita bersungguh2 bertaubat tetapi dosa mengumpat tidak akan diampunkan selagi mana kita tidak mohon maaf pada orang yang kita umpat.. Kalau malam kita berjaga untuk bertahajud , posa sunat selalui buat , solat tak tinggal tapi kalau kita buat juga mengumpat. pahala amalan kita tu akan diberikan kepada orang yang kita umpat kalau dah habis pahala dosa dia pula kita kena tanggung jadi sedarlah sedaraku jauhilah dari tabiat ini . itusajalah untuk kali ini banyak2 tak laku pulakkan ..

entah apa2... moga menafaat