Thursday, October 4, 2012

KELUARGA SHEIKH NAJI ALYAMANI

Assalamualaikum
 
Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya dan meminta pertolongan, pengampunan, dan petunjuk-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amal kita. Barang siapa mendapat dari petunjuk Allah maka tidak akan ada yang menyesatkannya, dan barang siapa yang sesat maka tidak ada pemberi petunjuknya baginya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.
 
Ya Allah, semoga doa dan keselamatan tercurah pada Muhammad dan keluarganya, dan sahabat dan siapa saja yang mendapat petunjuk hingga hari kiamat. Terlebih dahulu puji dan syukur kepada Allah yang telah memanjangkan usia dan memberi kesihatan yang baik bagi kita meneruskan kehidupan ini. Selawat dan salam keatas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w. Saya mulakan siri jelajah kali ini bertepatan dengan tarikh 02hb. Okt 2012 dengan harapan untuk meneruskan agenda yang bersejarah bagi merialisasikan hasrat saya untuk mengumpul semua ahli keluarga Sheikh Naji Alyamani yang mempunyai pertalian darah dengan Sheikh Naji Alyamani samada hasil daripada perkawinan ataupun anak dan cucu-cicit kepada keluarga Sheikh Naji Alyamani.
 
Saya mulakan dengan memperkenalkan ayah kepada Sheik Naji sendiri Sheikh Abdullah yang berasal dari Baitulfakir Yaman Utara Yaman dan ibunya bernama Aluyah. Ayahnya berkemungkinan berasal dari Keturunan Bani Hilal Quraisy maklumat terperinci tidak dapat disahkan. Sheikh Naji datang daripada Yaman berhijrah Thailand untuk meneruskan kehidupan perantauan. Seingat saya hasil cerita datuk saya Sheikh Ali Naji dan juga cerita daripada ibu saya Hajjah Sitifatimah Sheikh Ali, Sheikh Naji telah datang ke Thailand setelah memohon izin dengan ibundanya di yaman untuk merantau ke asia.
 
Harapan untuk berhijrah ke Aisa Tenggara telah di kotakanya apabila beliau telah mengikuti kapal pedagang dimasa dulu. Sejarah kemana dan bagaimana pelayaran sudah tidak dapat di rungkaikan lagi. Dengan menaiki keretapi beliau telah turun di stesyen Slow Kot Saya dan bertekat untuk memulakan kehidupan barunya disana. Beliau tinggal dikawasan Slow Kat Saya dan telah membuka kebun getah di kampong Sayap dan salah satu tanah beliau adalah merupakan tapak masjid yang ada disana sekarang.
 
Kemungkinan besar Sheikh Naji datang dengan kapal laut daripada kampong Baitulfakir di Hadrolmaut (mengikut ceritanya) di tanah Yaman setelah berkelahi dengan bapa saudaranya di sana. Ibunya telah berpesan mungkin tidak akan berjumpa denganya lagi selepas itu. Harapan kami agar dapat kesana mencari keluarga yang sudah terputus mungkin tidak kesampaian atau mungkin akan ada pewaris nanti yang akan pergi ke sana untuk mencari salasilah keluarga seterusnya. .
 
Gambar diatas diambil melalui passport perjalanan hanya itu sajalah gambar yang ada yang saya jumpa sebagai kenangan untuk tatapan anak cucunya. Sedikit sebanyak cerita mengenai Sheikh Naji bila saya bertanya dengan ibu saya Hajjah Fatimah Sheikh Ali beliau sempat dengan arwah semasa berumur lebih kurang 10 tahun. Mengenali Sheikh Naji beliau mempunyai kebolehan bercerita kisah-kisah cerita dongeng arab zaman dahulukala kebanyakan seperti hikayat 1001 malam.
 
Bila dia bercerita ramai pemuda-pemuda kampong dan kanak-kanak akan mengelilingi beliau untuk mendengar cerita tersebut. Hasil kebolehan tersebut beliau disukai oleh semua penduduk kampong. Saya memang tidak sempat dengan beliau tetapi saya sempat mendengar cerita yang sama melalui datuk saya Sheik Ali Naji yang juga mempunyai kemahiran bercerita tentang hikayat 1001 malam mungkin mewarisi kemahiran dari bapanya dan memang saya tertarikh dengan cerita yang di berikan mungkin perasaan yang sama di rasai oleh penduduk kampong semasa iti.
 
Ada satu cerita yang saya masih ingat contohnya seorang pemuda kampong inging mengembara mencari tuhan dan dalam perjalanan ia berjumpa dengan seorang yang kuat beribadah sehinga sepanjang masa dia beribadah kepada allah Apabila jumpa dengan budak tersebut dia bertanya dan katanya dia ingin mencari tuhan maka dia berkata bolehtak tanya satu soalan bila jumpa dengan tuhan nanti jawab budak itu boleh. Katanya saya sudah beribadah sepanjang masa dan hampir tiada dosa yang dilakukan tanyakan sudah siapkah surga untuk saya... Yang keduan pemuda tersebut berjumpa dengan lelaki yang sedang menyabung ayam. Setelah bertanya arahmana tujuan pemuda tersebut dia pun minta pemuda tersebut mengirimkan soalan katanya sepanjang usia hidup dia tak pernah melakukan kebaikan semua kerja maksiat dilakukan tanyakan sudahsiapkah neraka untuk saya. Pemuda tersebut teruskan perjalanan sampai satu kampung jumpa dengan seorang imam setelah diajukan soalan arah mana pemuda tersebut hendak pergi imam tadi juga menanyakan solalan katanya tiang seri dirumahnya sentiasa patah apabila dibuat patah buat lagi patah apakah maksudnya. Pemuda tersebut teruskan perjalanan dan dipendekkan cerita jumpalah dia dengan allah soalan pertama tentang orang alim allah jawab neraka sudah tersedia untuknya kerana segala ibadah yang dilakukan tidak iklas kerana allah. Jumpa ahli maksiat allah mengatakan sudah tersedia surga untuknya disebabkan dia tahu apa yang dibuat berdosa tetapi dia sedar akan hukuman allalh. Jumpa imam dia mengatakan dirumah imam tersebut ada anak perempuan tuan imam yang belum kahwin yang nenjadi beban buatnya. Akhirnya pemuda tersebut dikahwinkan dengan anak imam , ahli maksiat sedar akan kesilapan dan dia terus sujud syukur dan akhirnya meninggal dan ahli ibadah tadi terus buang serbang dan berubah menjadi ahli maksiat.
 
Itulah sedikit sebanyak yang saya ingat maklumlah dah dekat 30 tahun manalah saya mampu ingat semuanya lagipun yang pandai bercerita bukan saya tapi datuk saya Sheik Ali. Terkenal dengan perwatakan baik dan berhemah dan satu lagi kelebihan yang ada pada beliau yang diceritakan ialah beliau pandai bermain silapmata dan permainan – permaian yang boleh menghiburkan orang muda. Kemahiran ini dikatakan telah diwarisi oleh anaknya Sheikh Ismail yang juga turut pandai bermian silap mata.
 
Untuk melihat secara lebih jelas saya lebih suka ulaskan dalam bentuk carta dimana untuk objek yang berwarna biru menandakan lelaki dan objek berwarna pink adalah perempuan. Saya akan menggunakan pendekatan menghuraikan satu persatu keluarga beliau berdasarkn perkahwinan. Tanda kod (F) merujuk kepada keluarga dan (P) adalah kod untuk orang. Saya akan memulakan dengan keluarga Sheikh Abdullah dan seterusnya kepada Sheikh Naji sendiri begitulah seterusnya setiap anak dan keluarga akan dihuraikan satu persatu bagi memudahkan kita mengenali kita berada disbelah keluarga yang mana satu. Kaedah ini diharap akan dapat digunakan untuk kita memberi petunjuk kepada jenerasi yang akan datang untuk mencari keluarga mereka.
 
Saya ingin menyentuh sedikit sebanyak berkenaan dengan anak-anak sheikh naji yang berjumlah sepuluh orang hasil daripada perkahwinan dengan 3 orang isteri beliau iaitu WAN MINAH,MINAH DAN BIDAH BIN JAMAL. Hasil perkahwinan dengan Wan Minah telah melahirkan cahaya mata yang bernama Sheikh Ali b. Sheikh Naji lahir sekitar tahun 1900 di Rumah Tok Raja Jambul, Patani Thailand. Anak yang kedua ialah Sheikh Abdullah B. Sheikh Naji yang telah meninggal d usia muda semasa anaknya Sheikh Muhammad berumur sekitar 3 tahun dan dikebumikan di perkuburan Kubur Lipat Sanggol, Kutan,Pasir Pekan.
 
 

1 comment:

  1. assalamualaikum. Assalamualaikum Tn. Norman. Nenek saya berasal dari Kg. Salor Pasir Mas. Baharu ini dapat tahu bhw moyang saya ada gelar Tok Sheikh tetapi maklumat susur galur keluarga dah hampir lenyap. Bagaimana saya boleh siasat balik salasilah keturunan? Syahmir, Shah Alam.

    ReplyDelete