Monday, March 2, 2009

Kenduri Mauliduurrasul 27hb. Feb 2009

Setelah sepuluh tahun sudah berlalu kini pencarian kali kedua akan dimulakan bagi mencari salasilah keluarga naji untuk mengeratkan slilaturrahim antara keluarga. Setakat ini bilangan keluarga telah terkumpul ialah sebanyak 129, bilangan orang 474 dimana 251 lelaki dan 223 perempuan manakala keluarga yang paling besar ialah azizah dan mustafa F97 iaitu 13 orang anak. Niatku hanya untuk menyatukan keluarga yang makin jauh terpisah. Tampa ku sedari keluargaku semakin membesar dan membesar. Ada yag dulunya masih kecil kini sudah berumahtangga dan mempunyai zuriat. Negara Thailan juga sudah lama aku tidak kunjungi sekali sekala teringat juga maklumlah negara tempat permainan semasa kecil.

Setelah mendapat panggilan daripada bapa saudara Zawawi mengajak aku pergi ke kampong slow kot sraya untuk menghadiri kenduri dirumahnya yang juga merupakan rumah datukku Sheikh Muhamad. Ku ajak bersama ibu,isteri tercinta bersama juga anak-anak untuk bersama masuk kesana. Kebetulan hasrat ku untuk mencari maklumat tambahan keluarga kerana semuanya sudah membesar dan ada yang sudah meninggal dunia ini. Bertolak pukul 8pagi aku dijemput di sempadan rantau panjang dan sg. Golok. Oleh awie dan langsung masuk ke sg. Golok melalui imigresen Malaysia dan Thailand. Terasa seram sejuk bila aku mula melanggkahkan kaki ke Thailand kerana terkenangkan pergolakan yang berlaku antara rakyat thai dan tentera kerajaan.

Setelah melalui beberapa pos keselamatan polis Thailand aku sempat juga menoleh kiri dan kanan melihat Negara yang amat berbeza darisegi pentadbiran dan budaya. Aku terasa memasuki pekan koboi dimana penunggang motor tidak memakai topi keledar dan pembawa kereta hanya perlu memakai tali keledar sebelah pemandu sahaja. Terasa amat berbeza kerana dimalaysia perkara tersebut merupakan satu kesalahan.

Destinasai pertama yang dikunjungi ialah rumah bapa saudara mohsin atau nama rasminya mazlan. Sudah sepuluh tahun tidak berjumpa peluk cium kuberikan untuk mengeratkan kasih sayang. Isterinya tukang masak untuk majlis kenduri pada hari ini.











Bonda Fatimah (P20), isteri tercinta Aidah,adib,anis,awie,anak mohsin dan anak awie fitrah dan isteri mohsin.

Destinasi kedua aku melawat rumah sheikh abdulrahman dan berjumpa dengan isteri dan anak – anak kesayangannya . Maksu Hajar begitulah pangilan yang diberikan oleh keluarga . Tingal bersama anak sulungnya nora. Dan sekali sekala dilawati oleh anaknya yang merupakan peniaga tudung di rantau panjang mesra dengan panggilan nori.










Mesra dan peramah apabila berkunjung kerumahnya dan biasalah nora apabila diambil gambar ditudung dengan kain dan nuri mesra berposing apabila diminta. Berkisar tentang bertanya khabar dan melihat rumah yang sedang disambung pagar dan ajakan maksu untuk bermalam dirumahnya namun terpaksa kami tolak. Terimakasihlah maksu kata ibuku lain kali jelah aku pula biasalah bagi borang untuk diisi utuk memasukkan maklumat anak dan pasangan kedalam salasilah keluarga. Menjeling kat dinding sempat juga ambil gambar pasangan pengantin paling hebat tahun 2006 faizal anak kak mah (cucu jaafar rawas) dan aruni anak bongsu sheikh abdulrahman dengan maksu hajar. Mereka berdua kawin saudara maksepupu dan anak sepupu tahniah moga bahagia.

Destinasi ketiga aku dan keluarga melawat emak saudara maksu salma tiada dirumah dan berada dirumah cucunya azlina yang berada hampir dengan rumahnya lalu kami kesana. Terasa dan teringat raut wajah datukku Sheikh Ali, Sheikh Mohamad dan bapanya Sheikh Naji yang merupakan titik mula pencarian salasilah keturunan Naji. Alhammdulilah masih sihat dan boleh berjalan dengan baik maksu merupakan adik paling bongsu antara adik beradiknya dan hanya beliau seorang saja yang masih tinggal manakala yang lain sudah kembali kerahmatullah. Berkat kesabaran dan didikan agama yang diberikan oleh beliau semua anak cucunya nya menjadi orang yang kuat berpegang kepada ajaran agama dan merupakan peniaga yang berjaya.








Maksu mesra dengan ibuku dan kami bercerita dan bertanya khabar. Taklupa juga tuan rumah cucu kepada mak su salma dan anak kepada ibrahim. Azlina namanya. Ketika kami kunjungi suami azlina tiada dirumah terasa sejuk masuk kerumah yang penuh dengan kebahagiaan dan kemesraan dengan isirumahnya mengamalkan amalan agama. Ibuku dan isteri disitu untuk sambil menunggu kami ambil selepas solat jumaat untuk kerumah emak saudara di tempat jamuan.

Solat jumaat di Kg. Slow Kot Sraya

Pengalaman pertama apabila solat di negeri yang berbeza dengan Malaysia. Semuanya sama saja Cuma apa yang menarik perhatian kalini ialah isu perlantikan imam yang telah berlansung pemilihan seminggu sebelum kami pergi. Saya tertarik dengan ucapan sebelum jumaat oleh Tok Mene kampong iaitu bapa sepupu mesra dengan panggilan Abe Nor. Beliau menyeru kepada semua rakyat di kg. slow dan luar kg. agar datang beramai – ramai solat di masjid berjemaah dan jangan ada pereasaaan benci membenci dan ada sikap berpuak – puak. “Hok iman demo pilih ni pilihan semua dan hok mano tok pilih toksoh ado perasaan dengki dan sebagainyo kerano kito mari semaye kerana tuhan bukan kerano tok imam. Ambo nok royak jugak pasa satu padu kalu ado hok beci ko ambo ambok nok royat ambo tak beci demo semua. Kalu kito saloh pakat tegur” itulah kata kata pesanan yang diberikan oleh pemimpin kampong yang dulunya jawatan tersebut telah dipegang oleh ayahnya Tok Nebe Sheikh Abdul Rahman.







Jemputan untuk kenduri di rumah Soh juga telah di berikan oleh tuan imam dan alhamdulillah masyarakat kampong datang beramai – ramai bagi menjayakan majlis tersebut. Gambar abang nor, bonda sisti fatimah dan isteri abang nor Kak Ma berketurunan Pakistan (F53) dan anaknya baru saja dapat mandat daripada penduduk melantik beliau sebagai aboto atau wakil kerajaan untuk membuat pembangunan di kampung slow kot sraya. biasanya saudara dari Kota Bharu kalau datang mesti kerumahnya dan mendapat layanan yang istimewa dari mereka berdua.

Kenduri Maulidurrasul

Suasana penuh dengan keceriaan setelah selesai solat jumaat masyarakat kampong beramai – ramai datang ke majlis kenduri. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan diikuti dengan selawat secara beramai – ramai.







Kelihatan bapa saudara bongsu rojab sedang sibuk menyediakan makanan. Hidangan hari ini amat special dengan gulai kari daging,kurmak,so un goreng dan yang kelainan nya ialah ikan tilapia merah goreng berlada itulah yang menarik dan menyerikan hidangan.








Tuan rumah mesra dengan panggilan kak soh (gambar kiri) F11 dan emaknya wan Limah merupakan orang yang paling penting ketika itu. Kak soh merupakan bekas guru di Naratiwad pernah menjadi pelajar terbaik dan merupakan seorang yang bijak. Beliau terpilih salah seorang daripada 3000 calon ketika itu untuk memasuki bidang perguruan dan persaingan yang besar ini telah diperolehi oleh beliau 1 antara 3000. Sekarang sudah pencin pilihan untuk jaga ibu dikampung yang sakit tak boleh berjalan. Wan pula isteri kepada Sheikh Mohamad Bin Naji merupakan datok saya dan disebelahnya ialah adik kandung kembarnya dan romainun dengan menantu barunya kg. dalam becah.

Ketika kenduri kami dihadiri dengan tetamu yang ramai dan taklupa juga kebetulan polis soldadu datang lengkap dengan senjata. Terasa seram juga ketika itu tapi control macho buat buat berani. Macam Biasa abang nor jumpa dengan ketua mereka dan ajak sama – sama makan di majlis tersebut.








Sempat juga adib bergambar dengan soldadu untuk buat kenangan

Saya meminta saudara yang hadir untuk mengisi borang salasilah keturunan bagi melengkapkan lagi pengkalan data yang ada. Abang Nordin Abd. Rahman atau mesra dengan panggilan Din juga sempat menceritakan tentang keturunan dan sejarah perjalanan Abah Naji ke Thailand dan Malaysia daripada Yaman dimana asalnya Sheikh Naji datang dengan kapal laut daripada kampong Baitulfakir di hadrolmaut (mengikut ceritanya) di tanah Yaman setelah berkelahi dengan bapa saudaranya di sana. Ibunya telah berpesan mungkin tidak akan berjumpa denganya lagi selepas itu. Harapan kami agar dapat kesana mencari keluarga yang sudah terputus. Katanya saudara Abah naji bernama Mohamad dan muda daripadanya dalam lingkunggan 7 ke 10 tahun semasa itu dan abah naji berumur 11 tahun.







Abang din merupakan usahawan yang berjaya anak kepada moksu salma dan telah membuka kebun nenas tanaman limau nipis dan sedikit terlibat dengan membuat rumah. Paling isimewa tanaman nenas beliau keluarkan ketika bukan musim dan nenasnya manis dan besar. Gambar menceritakan keluarga beliau Kak Zaiton isteri pertama (5 anak) dan Kak Arnida Awang Isteri kedua (4 anak). Moga mereka bahagia. Dan gambar yang belah kanan sekali Zuraila namanya anak kepada abang din dan aku suka gelarkannya “gadis doraemon” kerana sikap nya yang periang dan mesra dengan ayah dan saudaranya. Manis dan lawa oranya tah sapalah dapat kawin denganya. Agak berminat tentang keturunan dan mencari salasilah keluarga . Pelajar sekolah arab di Hatnyai.

Berkunjung kerumah Sheikh Ibrahim anak kepad amksu salma juga merupakan usahawan yang berjaya peniaga getah, kontraktor binaan jualan pasir, bata kedai hardware dan lain – lain. Setakat ini beliau yang paling berjaya membuka perniagaan bermodalkan wang permulaan yang dibantu oleh sheikh abdulrahman beliau dengan istikamah berjaya membuka perniagaan yang besar. Anak – anaknya dibantu dengan bekerja denganya dan dapat pendidikan agama yang secukupnya. Baru berkahwin semula dengan gadis berumur 29 tahun Saripah namanya dan dikurniakan seorang cahaya mata. Isteri pertamanya meninggal kerana sakit dalam usia 50an. Beliau merupakan seorang yang wara’ dan sentiasa mengikuti jemaah tabligh kemerata tempat untuk mengabdikan diri dengan agama dan menyebarkan seruan agama islam semoga dengan hasil usahanya akan dikurnisksn allah kemuliaan dan kerahmatan serta keberkatan.









Selepas itu kami mengunjungi rumah Sheikh Nasir gambar kanan anak moksu salma juga merupakan usahawan dan peniaga yang berjaya. Beliau terlibat dengan industri tudung, kepiah dan kain sembahyang wanita. Selalu ke Pulau Pinang, Kelantan dan Kuala Lumpur untuk menghantar barang jualan. Juga seorang yang wara’ dan lemah lembut tuturkatanya dan amat mesra untuk memberi pertolongan.









Abang Fauzi bin Sheikh Mohamed dan isterinya mazura nordin (F139) telah dikurniakan 2 cahaya mata dan sekarang ini berniaga iklan di pekan sg. Golok beliau merupakan peniaga. Bila berjumpa denganya aku teringat ceritanya dengan isteri pertama Salma (F124) dimana merupakan guru kepada beliau berketurunan siam thailand. Beliau merupakan suami yang penyayang dan menjaga isterinya salma yang sakit sehingga meninggal dunia. Perkawinan pertamanya tidak dikurniakan cahaya mata.

Perjalanan pulang aku dibawa oleh ibuku melawat kampung tempat permainan dan mencari adik beradik emak kepada bapaku fatimah. Nama adiknya ialah Minoh dan yang lelakinya ialah Mat Jusoh. Teringat juga aku akan raut wajah mat jusoh yang sedang bersahaja di laman rumah besarnya bersama isterinya. Bila pulang aku terperasan dan tercari – cari siapakan Mat Jusoh ini rupanya beliau adalah bapa kepada emak sepupuku Azizah yang berada di Kg. Pahi Kuala Krai iaitu keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan ku hasil dariperkahwi dengan ibunya Fatimah Bt. Sheikh Naji (F96). Teruja juga aku dan insyaallah aku akan berjumpa denganya lagi suatu hari nanti.










Gambar kenangan Mat Jusoh atau nama panggilan Pok Nik Soh dan Minoh bersama anis anakku dan datukku Fatimah Bt. Mohd Salleh B. Awang Senik bersama suami di sebelah kiri dan Maznah Drahman isteri kepada Sheikh Ali Naji.

No comments:

Post a Comment