Wednesday, September 26, 2012

Corat - coret 2012

Corat - coret 2012

Alhamdulillh tahun 2012 membawa seribu makna dan seribu pengertian dalam meniti keihupan kita tak dapat lari dari suka duka ada yang gembira tak kurang juga yang berduka. Apa pun kita hanya hamba allah yang akan selalu diuji bagi menilai tahap keimanan kita kepada Allah. 

Takziah dalam masa terdekat ini 2 keluarga kita telah kembali kerahmatullah itu semua adalah ujian bagi kita apapun kita tak dapat lari sampai masa kita juga akan dipanggil untuk berjumpanya.. Kata Kawan2 saya hidupini umpama mimpi dan bila kita meninggal itulah bermlanya kita sedar dan kehidupan kita bermula untuk selama-lamannya.. 


Mok Su Salma anak bongsu kepada Sheikh Naji (datuk kita semua) telah kembali kerahmatullah pada hari jumaat 10malam 14/9/12 akibat lelah. Saya sempat solat jenazah dan kebumikan ditanah perkuburuan sungai golok pukul 11pagi 15/9 bersebelahan dengan kubur sheikh naji dan abg2nya sheikh muhammad (datuk saya), sheikh Abdulrahman dll. Setahu saya semua adik beradiknya telah kembali kerahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat... Alhamdulillah beliau meninggalkan anak cucu yang soleh dan kebanyakanya berniaga sendiri..Antara yang berjaya ialah sheikh Ibrahim yang berniaga di Slow Kot Saya .. 

Mohd Yusri Yunus Taman Sri Remah Tanah Merah telah kembali kerahmatullah pukul 5ptg (22/9/12) akibat kemalangan jalan raya. Beliau telah dikebikan pada malam itu juga di Tanah Perkuburan Tanah Merah Kelantan.  Samalah kita berdoa dan sedekahkan alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Beliau adalah anak kepada Fatimah Salleh dan Yunus....dan merupakan cucu kepada Umi Ghaliah Kuala Kerai juga telah meninggal dunia.. 
Alhamdulillah tahun ni raya cukup meriah dengan kehadiran keluarga tercinta sempat juga keluarga sheih Ali Naji , dapat kumpul bersama tapi biasalah nak kumpul kesemuanya tak dapat nak dilaksanakan tetapi kita cuba untk meramaikan lagi .. Anak2 saudara pun dah besar2 belajar dah nak habis ada yang dah mula kerja dah nak kawin dah...
Tahun ini ada perancangan dari keluarga belah Thailand setelah kematian Mok Su Salma untuk kita memikirkan bagaimana caranya nak kumpulkan semula ahli keluarga Naji. Kita harapkan agar kita semua keluarga dapat mengadakan satu majlis perhimpunan keluarga secara besar2an bagi membolehkan keluarga berhubung antaraa satu sama lain. 
Saya telah malwat keluarga ami Salleh dekat repek pasir mas juga luahan daripada keluarga di sana tiada sedara terdekat melawat setelah kematian Sheikh Sallleh Naji. Mungkin kita semua terlalu sbuk ataupun banyak keluarga dah tak mengenali saudara kita disebabkan tiadanya lawatan diadakan atau kebanyakan dah terputus hubungan. 
 Ada juga saudara kita yang mungin kita jarang berhubung contoh saudara kita dekat salor Pasir Mas Sheikh Mohammad bin Sheikh Abdullah Bin Naji. Mungkin ramai yag tak mengenali keluarga mereka. Sheikh Abdullah Bin Naji meninggal dunia sebelum Kematian Sheikh Naji dan meninggalkan 2 anak iaitu Sheikh Mohamad dan Sheikh Ibrahim.. 
Itulah sedikit sebanyak corat corit yang sempat saya tulis kali ini , insyaallah ada masa nanti saya tambah lagi .. Moga2 Kita dapat jayakan HARI KELUARGA SHEIKH NAJI 2013 insyaallah... Wassalam..