Tuesday, January 11, 2011

ntah ape ape

apala kata orang itu pada saya.. tahun 2010 amat bermakna .. usia dah 39 tahun, tahun ini 2011 .. masuk 40 tahun .. sudah tua rupanya.. entah apa terfikir di benak fikiran. saya rasakan jiwa makin kosong. ilmu diraih entahkan banyak ataupun semakin hilang. moga allah memberkati kehidupan sepanjang 40 tahun yang lepas..

Masa mendatang entah apa akan dilalui .. moga allah mengampunkan segala dosa saya. terasa sedih bila memikirkan sedar tak sedar saurdara terdekat yang dahulunya berlegar di sekelilingku bergurau senda, nasihat,memberi teguran tak putus2 kini seorang demi seorang telah kembali kerahmatullah... ada yang mengadu kesakitan dengan berbagai pakage yang ada ada yang pakej penuh ada yang belum penuh pakej sakitnya.

Bila balik kampung melihat ibu yang sudah banyak beruban .. terfikir juga satu hari nanti saya pun akan turut sama beruban. sekarang nipun dah ada seorat dua. kadang bila nampak kat anak2 di cabutnya walaupun saya cakap kat dia .. biarlah simpan uban ni boleh sedarkan kita pada usia yang makin hari makin meninggi.. hidup dah semakin dimamah usia..

Pada saudara dikampung bila pergi melawat dulunya rumah merekalah tempat akum bermain sekarang ni pun seorang demi seorang dah tak ada yang tinggalpun sudah dimamh usia .. anak2 mereka pun dah besar2 .. sekarang kerja duk bilang cucu berapa ramai.. Dah banyak yang dah takda gigi.. ada yang dah ditukar gig palsu.. ntahlah akupun akan sampai juga di ussia mereka satu hari nanti..

Kawan2 lama dah tak dudk dikampung dah .. masing2 ada kehidupan sendiri dengan keluarga mereka..kampung dah jadi sepi .. dulu sempat juga membajak, menanam padi sekarang perkejaan tersebut dah diambil alih oleh mesin kalau adapun di buat oleh orang thailand yang datang mencari sesuap rezeki di kelantan...

itulah.. kampung saya..

DOA Ustaz Muhammad Mustafa 25062010 rejab isu palestinby Norman Yahya

DOA Ustaz Muhammad Mustafa 25062010 rejab isu palestinby Norman Yahya on Friday, January 7, 2011 at 5:46pm
Apa yang baik daripada Allah dan apa yang kurang daripada ambo sendiri

……….. Pembuka Doa ….

Ya AllahYa rabbalalamin ampunilah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami lahir dan batin

Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh umat islam yang telah mati dan yang masih hidup dan umat islam yang telah datang selepas kami hingga hari kiamat

Ya Allah berilah kekuatan taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat beramal dengan apa yang kami belajar. Tambahkan kepada kami ilmu iman dan amal. Hidupkanlah kami dengan islam dan matikanlah kami dengan islam

Ya Allah berilah kekuatan taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat meneruskan perjuanagan nabi kami muhammad s.a.w dizaman tidak ada nabi dan rasul ini.



Ya Allah perlihatkan kepada kami yang benar itu benar dan supaya kami dapat mengikutinya perlihatkan lah kepada kami ya alllah yang salah itu salah dan supaya kami dapat menjauhinya



Ya Allah sebagaimana engkau telah mengenali kami jadikanlah hati kami ini dapat mengenali engkau lebih dari segala galanya

Ya Allah sebagaimana engkau sentiasa kasih dan sayang kepada kami jadikanlah hati kami ini senantiasa kasih dan sayang kepada engkau lebih dari segala galanya

Ya Allah sebagaimana engkau sentiasa berbuat baik dan berjasa kepada kami jadikanlah kami hambamu yang sentiasa berbuat baik dan berjasa sebagaimana yang engkau kehendaki

Ya Allah sebagaimana engkau sentiasa mengigati kami dan tidak pernah melupai kami jadikanlah hati kami ini sentiasa mengingati engkau dan tidak pernah melupai engkau dimana saja kami berada

Ya Allah sebagaimana engkau sentiasa bersama dengan kami jadikanlah hati kami dan ingatan kami sentiasa bersama dengan engkau dimana saja kami berada

Ya Allah sebagaimana engkau sentiasa melihat dan mendengar kami serta memantau segala gerakgeri kami jadikanlah kami ini hambamu yang senantisa sedar akan pemurahhatian engkau dan pemantauan engkau dan bersifat malu terhadap engkau dimana saja kami berada

Ya Allah ya tuhan kami berikanlah kepada kami ilmu yang memberi menafaat iman yang mendalam rezeki yang halal anak yang saleh keturunan yang baik perniagaan yang berjaya dan kehidupan yang penuh berkat

Ya Allah bukakanlah segala pintu keberkatan kekayaan kesihatan dan kebaikan didalam kehidupan kami tutupkanlah segala pintu keburukan kemaksiatan dan kemungkaran dalam kehidupan kami

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah segala apa yang kautakdirkan kepada kami itu semuanya baik dan lindungilah kami segala keburukan dan keburukan takdir engkau.

Ya Allah jika engkau mengtakdirkan kepada kami suatu takdir yang tidak baik maka kami memohon supaya engkau mengubah takdir itu dengan menggantikanya dengan takdir yang baik sebagaimana yang engkau janjikan kepada kami

Ya Allah sesungguhnya engkau maha kuasa diatas segala galanya.

Ya Allah yan tuhan kami berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat mengatasi segala angkara jahat musuh - musuh kami.

Ya Allah bantulah saudara kami di Palestin 3 x. Berikanlah kekuatan kepada mereka supaya mereka dapat menghadapi musuh2 mereka israil alaihi laknatullah

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada seluruh umat islam supaya membantu palestin dan menentang israil alaihi laknatullah

Ya Allah ya tuhan kami jangan engkau keluarkan kami dari dunia ini sehingga kami telah berjaya menunaikan tanggung jawab kami sebagai hamba engklau dan khalifah engkau dibumi ini

Ya Allah selamatkanlah iman kami daripada segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang teraikhir. Akhirkanlah hayat kami ya Allah dengan husnilkhotimah dan dengan kalimah laila haillallah muhammadul rasulullah

Ya Allah selamatkan lah kami semasa kami berada di dalam kubur jadikanlah kubur kami itu salah satu dari taman2 syurga dan jangan engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang daripada lubang2 neraka

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami suapaya kami dapat menjawab segala solaan mungkar dan nakir

YAllah selamatkanlah kami semasa dunia ini dihancurkan segala galanya. Selamatklanlah kami ya Allah semasa kami dibangkitkan dari kubur menuju kepadang mahsyar. Selamatkanlah kami ya Allah semasa kami berada dipadang mahsyar. Naungilah kami ini ya Allah dengan naungan alquran naungan sedekah2 kami dan naungan arash engkau

Ya Allah ampunilah dosa kami dan maafkanlah ksilapan kami dan segala kelemahan diri kami semasa kami dihisab dimahkamah engkau .Hisabkanlah kami ini ya Allah dengan hisab yang sedikit dan ringan berikanlah peluang kepada kami supaya kami dapat bertemu dengan nabi kami muhammad s.a.w serta memperolehi syafaatnya.

Ya Allah jadikanlah kami ini hambamu yang berjaya didunia ini berjaya diakhirat nanti berjaya menerima keputusan amalan kami dengan tangan kanan dan berjaya meminum minuman dikolam nabi kami muhammad s.a.w

Ya Allah selamatkanlah kami semasa kami melalui titian sirat yang sangat menakutkan kami.Selamatkanlah kami ya Allah daripada neraka dan daripada sebab2 yang membawa kami keneraka

Ya Allah masukkan lah kami ini kedalam syurga engkau dan dapat bertemu dengan engkau serta dapat melihat wajah dan diri engkau yang maha agung dan maha ghaib serta memperolehi keredaan engkau sebagaimana yang engkau janjikan kepada kami. La haulawala kuwwaata illa billah hil ali hilazim

Ya Allah perkenankanlah segala permohonan kami mustajabkanlah segala doa kami tunaikan lah segalah hajat kami selesaikanlah segala masalah kami sembuhkanlah segala penyakit kami bayarkanklah segala hutang kami sempurnakanlah segala kekurangan kami kuatkanlah segala kelemahan kami jayakanlah segala usaha kami satukanlah hati2 kami menagkanlah perjuagan kami dengan berkat nabi kami muhammad s.a.w dengan keramat alquran nulqarim dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas

....... Teruskan dengan penutup doa ......